Sebuah karya yang sesuai untuk semua..bagi yang bujang, boleh mengambil iktibar..bagi yang belum & bakal berkeluarga, boleh belajar..Untuk suami..renungkanlah??
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah..
tidaklah setaqwa Aisyah..
pun tidak setabah Fatimah..
Justeru isterimu??? hanyalah wanita akhir zaman yang mempunyai..
Cita-cita menjadi solehah...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama..
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya..
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya..
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya..
Isreti adalah murid kamu mursyidnya..
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya..
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah ia..
Tapi, seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya..
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman & taqwa..
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah SWT kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana..
Justeru kamu akan tersentak dari alpa???
Kamu bukanlah Rasulullah SAW..
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah..
Kamu cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh...amin...
Untuk isteri....renungkanlah..
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia..
Suami yang dinikahi kamu tidaklah semulia Muhammad SAW..
Tidaklah setaqwa Ibrahim..
Pun tidak setabah Ayyub atau pun
Segagah Musa..apalagi setampan Yusuf..
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya
Cita-cita membangun keturunan yang soleh..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama..
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya..
Suami adalah nakhoda kapal kamu pengemudinya..
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya..
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya..
Seketika suami menjadi menjadi bisa kamulah penawar ubatnya..
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..
Pernikahan atau perkahwinan mengajarkan kita perlunya iaman dan taqwa..
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah SWT..
Kerana memikili suami yang tak segagah mana..
Justeru kamu akan tersentak dari alpa..?
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu serpurna di dalam menjaga..
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara..
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah..amin..
Justeru itu wahai para suami dan isteri? jangan menunutut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya..
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah SAW..
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha..
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman..
DAN
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah...
No comments:
Post a Comment