Sahabat..
Sukar untuk ku jelaskan
Apa yang ada di hati ini
Dengan seupaya hikmah
Ingin ku nyatakan
Apa yang terhimpun dalam hatiku
Sahabat..
Usah kau harapkan
Kesempurnaan yang mutlak dari diri ini
Akuilah hakikat yang tersurat
Aku bukan Siti Khadijah
Mahupun permata Siti Fatimah
Aku bukan Siti Aisyah
Mahupun Ummulmukminin yang lain
Bukan juga Rabiatul 'Adawiyah
Wanita suci yang terpuji
Juga tidak mencapai martabat
Siti Maryam, Mashitah, Asiah, Sumaiyah
Sahabat..
Mengertilah dengan waras keislaman
Aku hanyalah wanita yang akhir zaman
Yang masih cuba mempertahankan
Maruah dan kesucian diri
Dalam mengharungi kegawatan masa kini yang serba palsu
Dan menjijikkan
Dengan kemampuan diri
Yang tinggal sekuman cuma
Sahabat..
Demi kerana-Nya semata-mata
Ku pohonkan sebuah pengertian
Bahawa jauh di sudut hatiku
Indahnya ciptaan Allah Yang Esa |
Sedang berjuang mencari Nur Ilahi
No comments:
Post a Comment