Pages

Monday, January 24, 2011

"IMAM SYAFI'I MEMBAHASKAN SERATUS MASALAH DI WAKTU TIDUR"

Imam Ahmad b. Hambal sentiasa menceritakan kepada puterinya berkenaan dengan kealiman, ketaqwaan & ibadah seorang gurunya yg luar biasa. Puterinya itu sgt tertarik & ingin melihat siapa tok guru tersebut & hendak melihat ketekunannya dalam beribadah. Guru Imam Ahmad b. Hambal itu namanya Muhammad b. Idris Asy Syafi'i @ dipanggil Imam Syafi'i.

    suatu hari Imam Syafi'i  menziarahi rumah muridnya Imam Ahmad b. Hambal & bermalam di rumah muridnya itu. Pucuk dicita ulam mendatang. Puteri Imam Ahmad sgt gembira sekali apabila mengetahui bahawa tok guru ayahnya mahu tidur di rumahnya. Dia ingin mengetahui bagaimana ibadah Imam Syafi'i & kuatnya beribadah malam.

      Malam pun tiba. Imam Syafi'i masuk ke dalam bilik yg tlah disediakan. Keluarga Imam Ahmad tidur awal & bangun sebentar untuk beribadah malam sebagaimana biasanya. Puteri Imam Ahmad yg ingin melihat bagaimana zikir,wirid & solat Imam Syafi'i tlah berjaga-jaga sepanjang malam. Dia berzikir smbl mngintai ke bilik tidur Imam Syafi'i & didapatinya Imam Syafi'i itu tidur sahaja. Si puteri berzikir lagi. Sebentar kemudian dia mengintai lagi & didapatinya Imam Syafi'i tetap tidur. Begitulah seterusnya sampai pagi puteri Imam Ahmad tdk melihat Imam Syafi'i solat @ berzikir sepanjang malam. Sebaliknya dia tidur berterusan sampai fajar. Hal ini bercanggah dgn keterangan ayahnya.

       Apabila menjelang pg,puteri itu berkata kepada ayahnya.."saya tahu bahawa ayah selalu menghormati Imam Syafi'i & memuji-muji ibadah & ketaatannya.Tetapi setelah saya tengok malam tadi beliau tidak solat malam, tdk berzikir & tdk berwirid. Bahkan beliau tetap tidur saja di atas katil."

       Sewaktu Imam Ahmad bercakap-cakap dngan puterinya itu,Imam Syafi'i bangun dr tidurnya. Maka berkatalah Imam Ahmad :"Bagaimanakah keadaan tuan malam tadi.??????    Imam Syafi'i menjawab : "Alhamdulillah,malam tadi aku peroleh barkah yg sgt banyak sekali."  Imam Ahmad bertanya :"mengapa demikian?????"  Imam Syafi'i menjawab :"kerana pada malam tadi aku dapat menyusun seratus masalah dngn sebaik-baiknya di waktu berbaring di atas katil. Semua masalah yg saya fikir & saya susun adalah untk kepentingan Islam & sgt berguna bg smua kaum muslimin."


        Puteri Imam Ahmad hairan mendengar keterangan itu.Dan apabila Imam Syafi'i pergi, Imam Ahmad berkata kpd puterinya :"Itulah yg tlah beliau kerjakan malam tadi. Padahal beliau kelihatan berbaring di atas katil sahaja. Sebetulnya apa yg tlah beliau lakukan itu adalah lebih utama drpd yg aku lakukan iaitu solat malam."

No comments:

Post a Comment