Pages

Monday, May 23, 2011

♥ ♥ ♥ PENTINGNYA BERSABAR ♥ ♥ ♥



oleh Zubair IbnuAwwam As-Sabah pada pada 23hb Mei 2011

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH

Saudara dan saudari se Aqidah.
Kesabaran dan Ketabahan merupakan sifat yang dapat menyelamatkan diri seseorang dari patah semangat, Ketabahan dan kesabaran juga adalah merupakan sifat Paling penting dan utama oleh setiap insan dalam menghayati dan mengharungi kehidupan di dunia yang penuh cobaan,cabaran dan ujian.

Karena itu Allah memberi berita gembira kepada hamba2Nya yang telah melepasi tahap kesabaran,dengan pengampunan dan keberkatan yg sempurna dari Allah.

Firman Allah Azza Wajalla
Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
yaitu orang2 yang apabila di timpa musibah,mereka mengucapkan
"innaa lillahi wa innaa ilayhi raaji'uun (sesunguhya kami adalah milik Allah dan kepada Nyalah kami kembali.mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka. {QS.aL-Baqarah:155-157}

Rasulullah Shallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Sesungguhnya seseorang benar-benar memiliki kedudukan disisi Allah, Namun tidak ada satu Amal yang bisa menghantarkan kesana. Maka Allah Senantiasa Mencoba dengan sesuatu Yang tidak disukainya, Sehingga dia dapat sampai pada kedudukan yang dikehendaki Allah. (HR. Abu Ya'la, Ibnu Hibban dan al-Hakim).

Sahabatku yang kukasihi.
Sabar menghadapi cobaan dan ujian dari Allah adalah perkara yang berat kecuali bagi orang-orang yang betul betul redho dari pada segala ketentuan dari Allah,
Sebab itu untuk jalaninya memerlukan azam dan niat yang teguh Insya Allah. dengan izinNya sesuai yg telah di gariskan oleh Allah SWT.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala :
Dan bersabarlah kamu terhadap apa yg menimpa kamu,sesungguhnya ia adalah merupakan perkara yg memerlukan keazaman dan niat yang kuat (Lukman 17)

Firman Allah Dalam Al-Quran Artinya:
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. SuratAl-Baqarah ayat 155

Tapi apa yang kita lihat pada hari ini,kebanyakan orang yang diuji,dicoba dengan kesulitan dia berkeluh kesah dan bila diberi kesenangan jarang yang mau bersyukur.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala :
Sesungguhnya, manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesulitan, ia akan berkeluh kesah(tidak sabar), dan apabila kebaikan datang kepadanya, ia amat kikir (tidak bersyukur) (al-Ma'aarij [70]: 19-21)

Sahabatku yang kukasihi
Jika mendapatkan ujian senjata yang paling utama bagi orang mukmin ialah Sabar dan juga ibadah ibadah,serta Pasrah untuk menghadapi cobaan dan ujian DariNya jika seseorang lulus,dari ujian dan cobaan itu insyaAllah akan beroleh pahala yang luar biasa.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala :
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',
(Surat Al Baqarah ayat 45)

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala :
Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.(Surat al Baqarah ayat 153)

Rasulullah Shallahu Alaihi Wasallam bersabda
Orang yang bahagia ialah yang dijauhkan dari fitnah-fitnah dan orang yang bila terkena ujian dan cobaan dia bersabar. (HR. Ahmad dan Abu Dawud)

Rasulullah Shallahu Alaihi Wasallam bersabda
Tidak ada suatu rezeki yang Allah berikan kepada seorang hamba yang lebih luas baginya daripada sabar. (HR. Al Hakim)

Dan sesungguhnya kami memberikan balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.(QS An-Nahl 96)


SABAR MENGHADAPI UJIAN ADALAH PENGHAPUS DOSA

Rasulullah Shallahu Alaihi Wasallam bersabda
Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya." ( Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a)

Rasulullah Shallahu Alaihi Wasallam bersabda
Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu).

Sebab itu semakin Besar ujian dan cobaan yang Allah berikan jika seseorang itu BERSABAR menghadapinya dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah maka akan mendapat pahala yang sangat besar.

Rasulullah Shallahu Alaihi Wasallam bersabda ;
Besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian dan cubaan. Sesungguhnya Allah 'Azza wajalla bila menyenangi suatu kaum Allah menguji mereka.Barangsiapa bersabar maka baginya manfaat kesabarannya dan barangsiapa murka maka baginya murka Allah.(HR.Tirmidzi)

Begitu juga sebaliknya kalau seseorang itu murka dari ujian dan cobaan yang Allah beri maka Allah juga akan memberi kemurkaan kepadanya Nauzubillahi Minzalik so kita buatlah pilihan mana yang kita Inginkan.

Akhi dan ukhti2ku..
Ujian dan cobaan yg diberi oleh Allah sekecil apapun adalah merupakan penghapus dosa yang penting kita redho terimanya SUBHANALLAH,seperti duri dan sejenisnya bahkan lebih kecil dari itu,jadi tidak ada jalan terbaik selain kita bersabar untuk dapat pahala insyaAllah

Rasulullah Shallahu Alaihi Wasallam bersabda
Tiada seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa. (HR. Bukhari)


SABAR MENGHADAPI UJIAN/COBAAN BERUPA CACIAN

Disebabkan teramat pentingnya kesabaran ini pernah salah seorang sahabat tidak dapat mengawal dirinya semasa dicaci didepan Rasulullah, maka Rasulullah menegur dan meninggalkan sahabatnya Dan bersabda,

Rasulullah Shallahu Alaihi Wasallam bersabda
Semasa kamu diam dan bersabar mendengar cacian orang, malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula (membalas caci maki), malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu.(Hadis Riwayat Ahmad)

Kalau kita renungi dengan dalam sebetulnya semua caci dan makian sahabat2 kita Face book ini,adalah datangnya dari Allah,itulah salah satu kaedah Allah menguji hamba2Nya sebab dimanapun kita berada Allah akan tetap menguji kita, adakah kita semua redho dengan ujian itu.?

Rasulullah Shallahu Alaihi Wasallam bersabda
Seseorang mukmin meskipun dia masuk kedalam lobang biawak,Allah menentukan baginya orang yang akan menganggunya, (HR. Al-Bazzaar)

Hadits ini menjelaskan bahawa segala UJIAN DAN COBAAN semata mata dari Allah,, kawan kawan kitapun kadang jadi utusan, untuk menguji tahap kesabaran kita Adakah kita dapat bersabar,,? SUBHANALLAH.,

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala :
Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik."(QS. Al Muzzammil, 73: 10).

Saudara saudariku yang kucintai
Semogalah kita semua dilimpahkan Rahmat Kesabaran oleh Allah,sehinggalah kita dapat lulus dari segala ujian dan cobaan dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala Amin.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala :
SESUNGGUHNYA, HANYA ORANG-ORANG YANG BERSABARLAH YANG DICUKUPKAN PAHALA MEREKA TANPA BATAS". (QS. AZ-Zumar : 10)

Sebagai Renungan penutup
Barangsiapa dalam urusan keduniaan memandang kepada orang-orang yang lebih rendah, dan dalam urusan agama memandang kepada yang lebih tinggi, maka dia tergolong bersama orang-orang yang BERSABAR dan BERSYUKUR.

♥ ♥ SELAMAT BERAMAL SEMOGA ADA MANFAATNYA INSYA ALLAH WASSALAM ♥ ♥

Monday, May 16, 2011

"RAHSIA WANITA"

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Sunday, May 8, 2011

Aromamu harum mewangi...
Kelopakmu putih menawan...
Namun berpagarkan duri..
Demi mempertahankan hakikat keindahan...
Mekarlah dirimu di taman Islam...

Ya Robb,,,,!

Izinkan hambaMu yang kerdil lagi hina… menjadi salah satu kuntuman mawar aspirasi di Taman SyurgaMu… walau kusedar, aku hambaMu yang paling tidak layak menjadi salah satu kuntuman mawar tersebut.

Seiring dengan nikmat usia yang masih diberikan peluang dariMu, sisa-sisa nafas yang diizinkan kuhirup…. izinkan aku menjadi tapak semaian pertama benih-benih generasi yang bakal mewarnai dunia dengan sinar cahayaMu…

Senyumanku adalah rahasia yang tersingkap… tangisanku adalah rasa hati yang tercurah… dan kegelisahanku adalah pemberontakan kasih sayang…. izinkan aku ingin menjadi mawar yang berduri, dari kejauhan sudah tercium harumnya serta kilauan warna yang memancar indah mengundang keagungan ciptaanMu….

Aku ingin menjadi hamba yang wajahnya dihiasi titisan wudhu, bibir dengan tilawatil qur’an dan zikrullah, aku ingin menjadi sekuntum mawar aspirasi sebagai Srikandi yang mekar dan terus mewangi di tamanMu, meniti di jalanMu… mekar disudut ruangMu…

TanpaMu,,,tanpa cahayaMu,,,tiada erti kehidupan ini,,,, padamkanlah kisah silamku…. seiring usia yang semakin meningkat, ku bersujud syukur padaMu, moga ruang hidup yang masih diberikan ini, aku menghargainya mengabdikan diriku hanya untuk Sang Penciptaku….!

'Seindah hiasan adalah wanita solehah'





Friday, May 6, 2011

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan menghapus air mata nya dengan imannya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya 
Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-hari nya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam do’a permohonan ampunnya terhadap Tuhannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesadarannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia pergunakan seperti kebiasaannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesadarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan do’a untuk keselamatan orang yang melukainya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jalan panjang didepan matanya tetap ia harungi

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan luluh

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH…