Pages

Friday, February 18, 2011

"BIDADARI BERMATA BENING..."

Wanita Solehah itu;Aurat dijaga;
Pergaulan dipagari;
Sifat malu pengikat diri;
Seindah hiasan di dunia ini..

Keayuan wanita Solehah itu;
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya;
Kemanisan wanita Solehah itu;
Tidak terletak pada kemanjaannya..

Daya penarik wanita Solehah itu;
Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman Muslimin;
Bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu;
Bukan, tidak sama sekali..

Kepetahan wanita Solehah itu;
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain;
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama..

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam;
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan & kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek;
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya;
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai..

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran;
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman..


Thursday, February 17, 2011

"JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN"

- Jika kamu memancing ikan..Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu....

- Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....

- Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup..

Begitulah juga...

- Setelah kamu memberi banyak JANJI DAN PENGHARAPAN kepada seseorang..Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya...Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...


- Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

 - Jika kamu menadah air biarlah berpada-pada..jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh...

- Cukuplah sekadar KEPERLUANmu...Kerana apabila sekali ia retak..tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..Akhirnya ia dibuang...

- Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,TERIMALAH seadanya....

- Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya terlalu ISTIMEWA...

 - Anggaplah dia manusia biasa kerana Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...

- Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya...

- Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya...

"يدٌ ويد"

 يدٌ تعطي ولا تمنع يؤملها الورى أجمع يدٌ تعطي فما أحلى عطاياها وما أروع فنعم المرء من يعطي وبئس المرء من يمنع يدٌ من فيضها نُروَى ومن آلائها نشبع رُخاء للورى تجري  

يدٌ  تعطي  ولا  تمنع
يؤملها  الورى  أجمع
يدٌ  تعطي  فما  أحلى
عطاياها   وما  أروع
فنعم المرء من يعطي
وبئس المرء من يمنع
يدٌ  من فيضها نُروَى
ومن    آلائها   نشبع
رُخاء  للورى تجري
كمثل الريح أو أسرع
وفي إخلاصها شمس
على  أوطاننا  تسطع
وكم  من  أنفسٍ  فيها
إلى    عليائها   تُرفَع
مليك   الكون  غايتها
فليس  لغيره  تخضع
براها     ثم    سواها
لكي تعطي وكي تنفع
وكي   تحيا   مكرمة
لغير   الله   لا  تركع
فسبحان  الذي  سوى
وسبحان  الذي  أبدع

Wednesday, February 16, 2011

"10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T"

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3.Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." 
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Mimpi Nabi SAW 

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw
bersabda: 

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam aku sebelum di Israqkan........" 

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul
maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka
malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN
KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat
menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu. 

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas. 

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku. 

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita
di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang. 

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi
mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya. 

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.




Tuesday, February 15, 2011

"Siapalah aku tanpaMU"

(¯`’•.¸(¯`’•.¸*♫♪♥(✿◠‿◠✿)♥♫♪*¸.•’´¯)¸.•’´¯)

Tanpa-Mu siapalah aku...
hanya setitik debu kehidupan...
sangat lemah, hina dan bergantung pada-Mu...

Tanpa-Mu apalah ertinya...
amalan yang telah ku lakukan...
kering tanpa ruh keredhaan...

Tanpa-Mu aku tak kan mampu...
menghadapi tipuan dan jeratan nafsu...
membara tanpa jemu penuh liku...

Monday, February 14, 2011

....Aku Merindui Mu...



...Hari Ini...Adalah Ulangtahun Hari Lahir Mu...Lebih 1400 Tahun Lampau Umat Ini Pernah Merasai Sentuhan Kasih Mu...Hari Ini...Apa Yang Mampu Ku Bicarakan Andai Engkau Masih Hidup Dan Engkau Lontarkan Pertanyaan Tentang Umat Mu Di Akhir zaman ini...

...Terasa Benar Rasa Bersalah Dan Malu Ku Kepada Mu Duhai Rasullullah...Jika Aku Menangis Engkau Tentu Lebih Dari Sekadar Itu...Lalu Bagaimana Harus Aku Jawab Jika Itulah Pertanyaan Mu...Sedang Umat Yang Engkau Tinggalkan Dengan Lafaz Umati...Umati...Umati Ini Sedang Celaru...Kecamuk...Nilai Yang Engkau Tinggalkan Telah Jatuh Hampir-Hampir Tiada Harganya...Aduhai...

...Umat Mu Mutakhir Ini Telah Banyak Meninggalkan Sunnah Mu Wahai Rasullullah...Mereka Telah Menukar Pakaian Islam Yang Terbuat Dari Acuan Pengorbanan Dan Cela Hina Yang Engkau Terima...Mereka Tidak Lagi Peduli Pada kitab Kehidupan yang Telah Engkau Memesani Mereka Jangan Meninggalkannya...

...Menangis Lagikah Engkau Jika Mendengarkan Semua Ini...Umat Ini telah Hilang Gemilangnya...Hari Ini Umat Ini Terasa Kembali Ke Zaman Jahiliah...Hari ini Umat Mu Di Perkuda..Di Perangi Di Hina Nista Oleh Seteru Yang Dahulunya Baiah Keamanan Kerana Bijak Dan Santun Mu...

Wahai Rasullullah...Aku Menangis Kerana Malu Pada Mu...Aku Tidak Mampu Menjaga Urusan Umat Mu Ini Sekalipun Dengan Hanya Menegur...Betapa Jika Engkau Hidup Tentu Sekali Ia Akan Menggusarkan Hatimu...Maafkan Diriku Wahai KecintaanNya...

...Aku Merindui Mu... Subhanallah...

Thursday, February 10, 2011

" Cara mengekalkan kecantikan wanita "

Saya dapat maklumat ni dari laman web halaqah.

Sekadar berkongsi ilmu yg baik utk diamalkan bersama.

Ustazah Fatima Az zahrah menurunkan petua untuk menjaga keperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat dalam Surah al-Waqiah. "Abqaro" ini bermaksud perawan (yang sentiasa menjadi perawan). Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh perempuan untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:

Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri kita & utk kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


semoga mendapat manfaat...


Thursday, February 3, 2011

"Selamat mencuba"


Kek Coklat Lembap


Bahan-bahannya :

250 gm mentega
1 cawan gula kastar
1 cawan gula perang
4 biji telur (saiz A)
1 sk esen vanila
1 cawan susu cair suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko

Bahan topping :

150 gm coklat masakan
1/4 cawan air panas
1 sb mentega
1 sb susu pekat

Cara membuat kek :
  1. Pukul mentega dan gula sehingga berkrim
  2. Masukkan telur sebutir-sebutir
  3. Masukkan esen vanila
  4. Tepung dan koko yang telah diayak bersama dimasukkan berselang seli dengan susu suam
  5. Tuang di dalam loyang yang telah digris
  6. Masuk dalam oven selama 45 minit atau sehingga masak
  7. Sejukkan kek sebelum ditopping
Cara membuat topping :

Campurkan semua bahan dan masak secara 'double boiler'