Dua mahasiswa nakal pergi bersiar-siar dengan menaiki sampan. Di lautan, mereka cuba mengusik pendayung sampan.
Pelajar A : "Pak cik, pak cik pernah belajar ke ilmu geografi?"
Pendayung : "Geografi itu apa benda?"
Pelajar A : (Sambil ketawa) "Pak cik telah mensia-siakan separuh hidup pak cik kerana tidak tahu apa itu geografi!"
Pelajar B : "Pak cik, pak cik tahukah apa itu ilmu matematik?"Pendayung : "Sejenis plastik ke?"
Pelajar B : (Sambil ketawa) "Pak cik telah mensia-siakan separuh hidup pak cik kerana tidak belajar ilmu matematik!"
Pendayung terus mendayung tanpa memberi sebarang reaksi terhadap gurauan dua mahasiswa nakal itu. Tak lama kemudian, tiba-tiba hujan mula turun dengan lebat & diiringi dengan bunyi guruh & petir yang menakutkan.
Pendayung : "Saudara berdua pernah belajar ke ilmu berenang?"
Pelajar A & B : "Tidak pak cik."
Pendayung : "Saudara berdua telah mensia-siakan seluruh hidup saudara kerana tidak belajar ilmu berenang. Sampan ini akan karam bila-bila masa saja sekarang!"
Pengajaran : Hari ini, banyak perkara yang manusia belajar. Namun, adakalanya ilmu-ilmu yang boleh menyelamatkan manusia dari kegagalan abadi di Kampung Akhirat tidak diberi perhatian yang setepatnya. perhatian yang tidak seimbang ini amat berisiko tinggi!
Guruku.... |
Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendak dicari,
Mana yang dapat jangan dilupa.
smart...
ReplyDelete