Pages

Saturday, December 4, 2010

"IMEJ WANITA ISLAM...Cukupkah Sekadar Bertudung???"

Memelihara imej atau penampilan diri bukan soal kecil yang
boleh dipandang ringan.Ia sangat perlu dan penting dalam menjalani urusan kehidupan.Kenapa penting sangat menjaga imej ini?

  Pertama, 
kerana imej ini kalau dijaga akan membuatkan orang lain memandang baik terhadap kita dan dapat sedikit sebanyak mengenal peribadi, keyakinan serta hala tuju hidup kita. Jika imej yang kita tampilkan adalah imej yang baik, lebih -lebih lagi yang unik dan istimewa, baiklah pandangan orang terhadap kita. Dengan itu, lebih mudahlah orang berurusan dengan kita dan kita berurusan dengan orang lain.

  Kedua, 
dengan melihat imej diri kita, orang juga akan membuat tanggapan tertentu terhadap ahli keluarga kita dan orang-orang yang rapat dengan kita. Jika imej yang kita tampilkan, baiklah tanggapan itu. Jika tidak, maka sebaliknya pula. Bahkan orang juga akan membuat tanggapan sendiri terhadap pegangan atau keyakinan kita berdasarkan imej yang mereka lihat pada diri kita.

   Ketiga, 
imej diri juga akan menjadi benteng diri. Ada bisikan halus di dalam diri yang akan mengingatkan kita supaya tidak membuat sesuatu yang bertentangan dengan imej yang kita tampilkan. Kalau imej yang kita perlihatkan pada diri kita itu imej bermaruah, kita akan lebih bersungguh-sungguh memelihara maruah diri. Oleh itu, kita akan lebih selamat dari terjerumus ke dalam gejala yang boleh merosakkan diri.

No comments:

Post a Comment