"Mencungkil Mata Sendiri"
Di dalam kitab Jawahirul Bukhari ada meriwayatkan bahawa Hassan Basri sewaktu mudanya gemar memakai pakaian yang cantik dan kemas lalu berjalan di sekitar kota Basrah. Pada suatu hari, sedang ia berjalan itu terpandanglah pada seorang wanita yang amat cantik lalu mengekorinya. Bila wanita itu menyedari ada orang mengekorinya ia pun berkata, "Wahai orang muda! kenapa kamu mengekoriku, tidak malukah kamu Allah?" Jawab Hassan Basri, "Sebenarnya aku terpikat pada matamu yang cantik itu."
Jawab puteri itu, "Baiklah, kerana kamu mencintai mataku ini, tunggulah kamu di sini sebentar lagi akan aku berikan apa yang kamu mahukan itu." Puteri itu pun berlalu, kemudian datanglah seorang pembantunya menghampiri Hassan Basri dan memberikannya satu bungkusan. Setelah di buka bungkusan itu, amatlah terperanjat Hassan Basri melihat sepasang mata di dalamnya. Berkata amah itu, "Tuan puteriku tidak memerlukan mata yang menyebabkan kamu terpikat padanya." Bergementarlah tubuh Hassan Basri bila menyedari kesalahannya.
"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku yang lalu..tunjukkanlah kpdku jalan2 yang lurus.. " |
No comments:
Post a Comment