Pages

Tuesday, November 9, 2010

"UNIKNYA KECANTIKAN"

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya
yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah SAW
kerana baginda telah ditentukan maksum.

Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana pun keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda, alam ini tidak sempurna.
Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah, berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak.Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia sebagai satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia 1 kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung???????? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasaan si cantik menghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang & menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seorang manusia itu diberikan kecantikan supaya nereka bersyukur. Malangnya ada di antara mereka yang lalai sekaligus menjerumuskan mereka ke lembah kemungkaran yang pasti akan diberi balasan yang setimpal di akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak & takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah S.A.W.  antaranya tentu yang gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah  kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. 

Wahai orang yang cantik, yang buruk, yang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan adakalanya tersasar. Hargailah diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan ALLAH S.W.T. !!!!

1 comment: