Pages

Thursday, November 4, 2010

"Adam & Hawa"


Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasangan : lelaki dan wanita, bumi dan langit, matahari dan bulan,begitulah seterusnya. Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu di renung manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 1/10 akal dan 9/10 malu......

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki sebagai penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan dua wanita dengan satu lelaki ; contohnya dalam hal penyaksian. Walaupun kurang akal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu,habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan & sebab akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kucar-kacir...... 

Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa yang telah terjadi kini...? Wanita sudah tidak ada malu lagi ; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki sudah tidak menggunakan akal lagi, malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitnah kejadian ini sudah diabaikan. Wanita yang sepatutnya malu sudah tiada malu lagi...lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka.

"Perempuan dengan gejala dedah dan lelaki dengan gejala dadah...." 







No comments:

Post a Comment