Pages

Saturday, November 20, 2010

"Anugerah yang tidak ternilai"

Sahabat
kau ibarat nur cahaya
yang menyinari diriku dikala kegelapan
kau amat penting bagiku
kerana dorongan dikau sahabat
aku masih gah berdiri di sini

Sahabat
kau diumpamakan seperti penyelamatn diriku
tatkala diriku memerlukanmu 
kau sentiasa hadir
dikala suka atau duka
kau sanggup berkongsi segalanya
bersamaku
terima kasih sahabat
terima kasih di atas segalanya

Sahabatku
kini ku sedar kau tiada lagi di sisi
walaupun diriku amat merinduimu
kau tidak akan kembali padaku
andai kata di beri peluang memutar masa 
diriku tidak akan membenarkan dikau
melangkah pergi meninggalkanku
keseorangan terumbang-ambing disini

Sahabat
doaku sentiasa mengiringimu
semoga dirimu bahagia di sisi Nya...

2 comments: