Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup mewah. Kemudian, raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga ditugaskan untuk bertanya pada setiap pengunjung adakah cela & kekurangan kota yang dibangunkannya itu.
Hampir seluruh orang menjawab tidak ada cacat & celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawab bahawa kota itu mempunyai dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka di tahan untuk di hadapkan kepada raja.
"Apa lagi cacat dan cela kota ini? " tanya raja.
"Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." jawab mereka.
Tanya raja, "Adakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?"
"Ada. Bangunan yang tidak akan rosak selamanya dan pemilik yang tidak akan mati," mereka menjawab.
"segera katakan apakah itu," desak raja.
"Syurga dan Allah pemiliknya."
No comments:
Post a Comment