Tolong ingatkan ana
andai ana terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan
tolong ingatkan ana
jangan jadi anak derhaka
mak ayah jangan dilupakan
usah dilukai hati dan perasaan
tolong ingatkan ana
supaya ingat pesan guru
bukan sekadar peringatan
tapi tarbiah berpanjangan
tolong ingatkan ana
di mana Islamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan
tolong ingatkan ana
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran
tolong ingatkan ana
kalau bercinta biar kerana Allah
dalam memilih utamakan iman
kelak ikatan dihindari syaitan
tolong ingatkan ana
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan
tolong ingatkan ana
diri ini milik Yang Kuasa....