Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang . Segala puji bagi Allah , Tuhan Sekalian Alam. Yang memerintah hari pembalasan(akhirat). Engkau tuhan yang ku sembah dan tuhan tempat aku mohon pertolongan. Tunjukkan aku jalan yang lurus. Jalan yang telah engkau berikan kepada mereka (orang-orang yang beriman dan beramal soleh) . Dan bukan jalan orang-orang yang sesat (Kristian) dan jalan orang-orang yang engkau murkai (yahudi)... Amin
Assalamua'laikum.
Kepada para sahabatku sekelian, pada kesempatan ini ingin saya kongsikan sesuatu perkara yang mungkin sudah ramai yang telah mengetahuinya dan mungkin ada juga belum mengetahuinya iaitu khasiat susu kambing – satu sunnah yang semakin dilupakan.
Sabda Rasullah s.a.w, " Tidak ada seorang nabi pun yang tidak terkecuali terlibat di dalam pengembalaan kambing". Kemudian bertanya sabahat, apakah tuan juga pengembala kambing? jawab Rasullah, "Ya.saya juga pengembala kambing untuk penduduk Mekah "
Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan* Promosi RM50 selama setahun!(Sah sehingga 30 Jun 2011)
Kenapakah kambing menjadi pilihan Allah untuk disebut didalam Al-quran. Ini adalah kerana,kesukaran mengembala kambing agar sentiasa duduk di dalam jemaah merupakan satu ujian Allah untuk melatih para nabi tentang erti kesabaran. Seperti yang anda semua tahu menternak kambing bukanlah mudah dan perlukan kesabaran yang tinggi. Oleh itu, jika seorang nabi yang bakal menjadi nabi lulus dalam ujian berkenaan, maka Baginda mampu untuk mendidik umatnya yang mempunyai pelbagai ragam.
Jika kita lihat, susu kambing sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan. Ia mempunyai enzim-enzim yang penting untuk manusia serta mengandungi pelbagai jenis vitamin, protein yang boleh menjadi ubat bagi penyakit-penyakit seperti allergik, radang sendi dan lain-lain malah, ia juga amat sesuai untuk diamalkan oleh warga emas. Disamping itu, susu kambing juga begitu khasiat kepada bayi yang terkena penyakit kuning dan dapat mempercepatkan proses penyembuhan dengan izin Allah.
Bagi penghidap penyakit insomnia (susah tidur malam) pula,amalan meminum segelas susu kambing panas sebelum tidur merupakan amalan Rasulullah yang menyebabkan nabi mudah tidur dan mudah juga berjaga untuk bersembahyang malam.
Sabda Rasullah s.a.w, "Peliharalah kambing kerana padanya terdapat keberkatan". Menurut fakta sainstifik, susu kambing mempunyai khasiat yang dapat memanaskan tubuh badan. Apabila seorang kanak-kanak itu meminumnya, badannya akan menjadi suam dan toksik-toksik di dalam badannya akan keluar bersama air besar dan akan menyebabkan kanak-kanak berkenaan membesar dengan sihat.
Pada asasnya, susu berperanan memberi kekuatan tubuh badan kepada bayi dan dapat meningkat daya IQ seorang bayi. Ini adalah kerana ketika bayi berada di dalam tempoh penyusuan, otak dan minda bayi sedang berkembang dengan pesat . Ketika itulah bayi dikatakan sangat memerlukan protein dan badannya memerlukan antibodi yang banyak.
Pakar- pakar pemakanan sedunia telah bersetuju bahawa komposisi susu ibu dengan susu kambing hampir sama antara kedua-duanya. Susu kambing mengandungi 3.1% lemaknya, sama dengan peratus lemak susu ibu. Dari segi protein nya pula susu kambing mengandungi 3.7% dan peratusan ini juga sama dengan peratusan protein yang dapat di estrak daripada susu ibu. Kerana itulah, pada zaman Nabi S.A.W, susu kambing menjadi alternatif kepada ibu ketika mana ibu tidak dapat menyusukan anak atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan. Sebab itulah, amalan meminum susu kambing ini amatlah digalakkan kerana ia mempunyai hikmah yang cukup besar dan berpontesi melahirkan anak yang SUPER (yang hebat, cerdik ,cerdas, dan IQ yang tinggi). Pada zaman ini, amalan ini sudah kurang kita lakukan sebabnya kita semakin jauh meninggalkan sunnah ini.
Bagi orang dewasa, manfaat susu kambing adalah amat banyak untuk dirungkaikan. Antaranya susu kambing ini bersifat pelawas dan amat berguna untuk memudahkan proses penghadaman , ia juga dapat merawat penyakit sembelit dengan segera.
Menurut "Kitabul-alttaimah" menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Iman Muslim, telah disebut secara jelas bahawa minuman yang paling disukai oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah susu kambing dan menjadi sunnah bagi kita yang mencintai Rasullah s.a.w menjadikan amalan meminum susu kambing sebagai minuman harian kita yang sihat lagi berpahala (kerana mengikut sunnah).
Dalam hadis lain, Nabi Muhammad S.A W bersabda bahawa "Hendaklah kamu berpegang kepada kambing (mengambil manfaat daripada kambing: iaitu daging, bulu, kulit dan susunya) kerana itu ialah kenderaan mu didalam syurga". Dalam sepotong hadis yang lain ada menyatakan Nabi Muhammad s.a.w sangat suka meminum susu kambing yang mentah (belum dimasak).
Dalam al-quran ada disebut "Dif'un Mamanafiq" yang bermaksud memanaskan. Sebab itulah molekul-molekul susu kambing ini tidak akan hilang walaupun kita menyejukkannya kerana ia mengandungi kalori yang tinggi. Apabila kalorinya tinggi, ia dapat membekalkan tenaga yang banyak kepada badan serta memanaskan darah. Sebab itulah Nabi s.a.w sangat suka meminum susu kambing kerana Baginda tahu akan kelebihannya.
Disamping itu, susu kambing juga membekalkan kekuatan tenaga batin kepada kaum lelaki dan kaum perempuan. Mungkin ini dapat menyelesaikan masalah mereka yang belum mempunyai anak atau bagi mereka yang berhasrat untuk meramaikan lagi bilangan anak. InsyaAllah dengan mengamalkan amalan meminum susu kambing, kita akan peroleh kesejahteraan, selain melahirkan zuriat-zuriat yang baik , cerdik dan pintar.
Jika sesuatu itu merupakan sunnah Nabi, pasti ada hikmat disebaliknya, seperti digambarkan bahawa, Nabi tidak bercakap mengikut hawa nafsu nya tetapi baginda sentiasa melakukan sesuatu berlandaskan kepada wahyu allah semata-mata.
Itulah keindahan Islam. Cuma sekadar susu kambing yang biasa namun mempunyai banyak manfaat dan kebaikan yang dapat diperolehi daripadanya, itulah kuasa Allah s.w.t, Yang Maha menjadikan sesuatu penuh dengan hikmah dan tidak pernah terlintas di akal fikiran. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment