Manusia memerlukan pakaian bagi membalut atau menutupi tubuhnya.Pakaian adalah nikmat allah yang penting kepada manusia,khususnya umat islam supaya memakai pakaian,seperti firmannya bermaksud: " Wahai anak-anak Adam! pakailah pakaian yang indah apabila pergi ke tempat ibadah, seperti mengerjakan sembahyang ataupun memasuki masjid, makan dan minumlah,jangan melampau-lampau,sesungguhnya allah tidak suka orang yang melampaui batas".(Al-A'raaf : 31).Sesudah menjadi trend dewasa ini,ramai yang berpakaian untuk melambangkan personaliti selain melindungi tubuh badan daripada cuaca panas dan sejuk.Oleh kerana masa atau zaman berubah begitu pantas,maka rekaan dan corak pakaian juga sentiasa bertukar dan semakin canggih.Oleh itu, tidak hairan jika hari lahir pelbagai jenis rekaan pakaian yang tidak lagi mementingkan aspek akhlak dan moral. Namun begitu tidak dinafikan juga telah muncul berbagai fesyen busana muslim atau muslimah yang semakin hari semakin mendapat perhatian dalam masyarakat.Hal ini meliputi fesyen baju,tudung,jubah,baju kurung dan sebagainya. Islam sebenarnya tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai,baik ketika beribadah atau di luar ibadah.Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah menutup aurat,sopan dan sesuai dengan akhlak seorang muslim.Pakaian itu juga tidak menimbulkan kesan negatif terhadap pemakai dan orang yang melihatnya.Namun begitu ada sesetengah orang beranggapan bahawa pakaian tidak semestinya melambangkan peribadi seseorang kerana ada yang menyarungkan pakaian yang menutup aurat namun berperangai tidak sopan.Akibat daripada itu wujudlah fenomena ketidakpercayaan dalam diri individu untuk menilai penampilan sebenar seseorang menerusi cara berpakaiannya hingga ada yang menjadi mangsa keadaan. Di dalam islam terdapat garis panduan tersendiri tentang adab-adab berpakaian iaitu:- 1 Menutup Aurat Aurat lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut.Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya,kecuali wajah,tapak tangan dan tapak kakinya.Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Paha itu adalah aurat". (Bukhari). 2 Pakaian Tidak Jarang Supaya Tidak Menampakkan Tubuh Pakaian yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat.Pakaian jarang bukan sahaja menampakkan warna kulit,malah boleh meransang nafsu orang yang melihatnya.Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang danmeliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh". (Muslim) 3 Pakaian Tidak ketat Tujuannya adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan.sedangkan pakaian yang ketat akan menyusahkan pergerakan si pemakainya. 4 Memakai Pakaian Yang Tidak Menimbulkan Perasaan Riya' Di Dalam Hati Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud : " Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong,allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat".Dalam hadith yang lain, rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebihan-lebihan, maka allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti". (Ahmad,Abu Daud,An-Nasa'iy dan Ibnu Majah) 5 Tidak Menyerupai Pakaian Golongan Bukan Islam Hal ini timbul kerana dibimbangi orang islam akan meninggalkan keperibadian Muslim itu sendiri.Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud : :Sesiapa meniru atau menyerupai sesuatu kaum,maka dia termasuk dalam golongan mereka". (Abu Daud) 6 Pakaian Lelaki Mesti Berbeza Daripada Pakaian Wanita Maksudnya pakaian yang khusus untuk kaum lelaki tidak boleh dipakai oleh kaum wanita,begitu juga sebaliknya.Rasulullah s.a.w. mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud : "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki,dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan". (Bukhari dan Muslim). Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki".(Abu Daud dan Al-Hakim). 7 Pakaian Lelaki Tidak Boleh Diperbuat Daripada Sutera Islam mengharamkan kaum lelaki memakai sutera.Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Janganlah kamu memakai sutera ,sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat".(Muttafaq 'Alaih) 8 Wanita Perlu Melabuhkan Pakaian Hingga Menutup Aurat. Contohnya seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut,tengkuk atau leher dan juga dada.Allah berfirman bermaksud: " Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman,supaya mereka menghulurkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang".(Al-Ahzab : 59) 9 Memilih Warna Pakaian Yang Sesuai (Tidak Menyilaukan Pandangan) Contohnya warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda bermaksud : "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik,dan kafankan mayat-mayat kamu dengannya".(An=Nasa'ie dan Al-Hakim) 10 Lelaki Islam Tidak Dibolehkan Memakai Emas Termasuk dalam etika berpakaian di dalam islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai,cincin dan sebagainya.Bentuk-bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai.Semua ini amat bertentangan dengan hukum islam.Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita". 11 Apabila Memakai Kasut Atau Seumpamanya, Mulakan Dengan Sebelah Kanan Dan Apabila Menanggalkannya Mulakan Dengan Sebelah Kiri Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: " Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan,dan apabila menanggalkannya mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya".(Muslim) 12 Apabila Memakai Baju,Seluar Atau Seumpamanya Mulakanlah Juga Dengan Sebelah Kanan Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: " Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan,seperti memakai kasut,berjalan kaki dan bersuci". 13 Apabila memakai pakaian baru dibeli,ucapkanlah seperti diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud: "Ya Allah,segala puji bagimu,engkau yang memakainya kepadaku,aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepadamu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya.Demikian itu telah datang daripada rasulullah". 14 Berdoa setiap kali Menanggalkan pakaian Supaya Mendapat Keberkatan Ketika menanggalkan pakaian, lafazkanlah:" Pujian kepada allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama allah yang tiada Tuhan melainkan Dia". Kesimpulannya, sebagai seorang islam,sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar. Petikan Dari : Sinar Rohani, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia |
" Bicaraku tak seindah pujangga, madahku tak sehebat bahasa, hasratku berjuta makna, tak terucap dek kata-kata kerana di hati terkandung segalanya "
Wednesday, April 27, 2011
PAKAIAN : TAFSIRAN IMEJ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment