Pages

Wednesday, October 13, 2010

"PERLUNYA KITA MENANGIS"

Perlunya kita menangis....menangis kerana takutkan Allah....Menangis kerana bertaubat.....kerana insaf atas segala kesalahan kita yang lampau......Jangan kita menangis hanya di tinggalkan kekasih......atau kerana di marahi kekasih......

Menangis yang diistilahkan sebagai 'hiba' ialah ke khusyukan di dalam hati yang yang sentiasa menangis lantaran takut kepada Allah swt.....Ia adalah suatu yang mulia & usaha yang terpuji.....Inilah sifat2 yang di anugerahkan oleh Allah swt kepada para Nabi & hamba2Nya yang berilmu.

Allah swt berfirman yang bermaksud :
"Apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka segera sujud dan menangis.." (Surah Maryam : ayat 58)

Sabda Rasulullah saw :
"Setiap mata akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang menangis kerana Allah dan mata yang berjaga di jalan Allah ( iaitu berjihad untuk meninggikan kalimah Allah )".